Tender Information

We display our latest call for tender on this page and invite you to revisit this page from time to time for updates. Tenders are destined for local contractors and are displayed in local language.
 
KENYATAAN TAWARAN 1

Kontraktor-kontraktor yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di bawah adalah dipelawa untuk menyertai tawaran projek seperti berikut :-
 
BIL
 PROJEKKELAYAKAN
KONTRAKTOR
HARGA DOKUMEN TENDER
 
1.
 
Cadangan Melaksanakan Dan Menyiapkan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Kolam Tadahan Dan Kawasan Lapang Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Untuk Tujuan Penyerahan Kepada Majlis Bandaraya Pasir Gudang Di Zon 12C Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Mukim Plentong, Johor Bahru, Johor
 
Bilangan Tawaran : JC/T1/2022
 
Syarat-syarat yang PERLU dipenuhi bagi membolehkan pembelian Dokumen Tender.
 
a) Berdaftar Dengan LPIPM (CIDB)
     Gred : G3 atau G4 atau G5
     Kategori : CE
     Pengkhususan : CE21 & CE36
 
  1. Mempunyai pengalaman melaksanakan projek-projek pembinaan serupa bernilai RM500,000.00 ke atas yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun lepas.
 
  1. WAJIB menghadiri taklimat tawaran seperti berikut :
     Tarikh   : Rabu / 13 Julai 2022
     Masa     : 10.00 Pagi
     Tempat :
     Kompleks Usahawan IKS Pasir
     Gudang

     PLO 829 / PTD 236201
     Jalan Susur Besar 1
     81700 Pasir Gudang, Johor
     (Koordinat : 1.4717534, 103.8808643)

Pemborong diingatkan supaya mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) COVID 19 yang sedang berkuatkuasa semasa taklimat sebutharga dijalankan.
 
RM300.00
 
Dokumen Tawaran boleh  didapati di Pejabat Pengarah, Divisyen Hartanah & Infrastruktur, Johor Corporation, Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor, Tel: (07) 2766298 mulai Rabu, 29 Jun 2022 hingga Selasa, 12 Julai 2022 dalam waktu pejabat (Ahad – Khamis, 8.30 pagi – 1.00 t/hari, 2.00 petang - 5.30 petang).

Tarikh tutup tawaran adalah pada hari Rabu, 20 Julai 2022  di alamat Pengarah, Divisyen Hartanah & Infrastruktur, Johor Corporation, Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor sebagaimana di atas sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari.
 
Pemborong yang ingin membeli dokumen tawaran disyaratkan mengemukakan :-
 
  1. Sijil Pendaftaran Pemborong dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
  2. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) berserta ‘Corporate Information’.
  3. Surat Tawaran dan Perakuan Siap Kerja Asal bagi projek-projek serupa bernilai RM500,000.00 ke atas yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun lepas.
Pihak kami berhak menolak pembelian dokumen tawaran tersebut sekiranya dokumen di atas tidak dikemukakan dengan sempurna.

Pembayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk BANK DRAF atau KIRIMAN WANG di atas nama TPM TECHNOPARK SDN. BHD.

Bahagian kiri atas Sampul Dokumen Tawaran mestilah dinyatakan jenis kerja berkaitan dan hendaklah dimasukkan ke Peti Tawaran yang disediakan di Pejabat seperti alamat di atas.  Pihak kami tidak semestinya menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.

KENYATAAN TAWARAN 2

Kontraktor-kontraktor yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di bawah adalah dipelawa untuk menyertai tawaran projek seperti berikut :-
 
BIL
 PROJEKKELAYAKAN
KONTRAKTOR
HARGA DOKUMEN TENDER
 
1.
 
Cadangan Melaksanakan Dan Menyiapkan Satu (1) Unit Pintu Gerbang Beserta Pondok Pengawal  Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Kawasan Perindustrian Kulai, Di Atas Sebahagian PTD 32164 Mukim Bukit Batu, Kulai, Johor
 
Bilangan Tawaran : TPM/T3/2022 (R)
 
Syarat-syarat yang PERLU dipenuhi bagi membolehkan pembelian Dokumen Tender.
 
a) Berdaftar Dengan LPIPM (CIDB)
     Gred : G4 atau G5
     Kategori : B
     Pengkhususan : B04
     dan
     Kategori : CE
     Pengkhususan : CE21 
 
  1. Mempunyai pengalaman melaksanakan projek-projek pembinaan serupa bernilai RM1,000,000.00 ke atas yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun lepas.
 
  1. WAJIB menghadiri taklimat tawaran seperti berikut :
 
     Tarikh   : Rabu / 6 Julai 2022
     Masa     : 10.00 Pagi
     Tempat :
     Kawasan Perindustrian Sedenak
     PTD 32164, Mukim Bukit Batu, Kulai,
     Johor

     (Koordinat : 1.6951721, 103.4160057)
 
Pemborong diingatkan supaya mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) COVID 19 yang sedang berkuatkuasa semasa taklimat sebutharga dijalankan.
 
RM400.00
 
Dokumen Tawaran boleh  didapati di Pejabat Pengarah Eksekutif, TPM Technopark Sdn. Bhd., Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor, Tel: (07) 2766298 mulai Rabu, 22 Jun 2022 hingga Selasa / 5 Julai 2022 dalam waktu pejabat (Ahad – Khamis, 8.30 pagi – 1.00 t/hari, 2.00 petang - 5.30 petang).

Tarikh tutup tawaran adalah pada hari Rabu, 13 Julai 2022 di alamat Pengarah Eksekutif, TPM Technopark Sdn. Bhd., Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor sebagaimana di atas sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari.

Pemborong yang ingin membeli dokumen tawaran disyaratkan mengemukakan :-
  1. Sijil Pendaftaran Pemborong dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
  2. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) berserta ‘Corporate Information’.
  3. Surat Tawaran dan Perakuan Siap Kerja Asal bagi projek-projek serupa bernilai RM1,000,000.00 ke atas yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun lepas.