Tender Information

We display our latest call for tender on this page and invite you to revisit this page from time to time for updates. Tenders are destined for local contractors and are displayed in local language.
 

PEMBERITAHU TAWARAN

 
Kontraktor-kontraktor yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di bawah adalah dipelawa untuk menyertai tawaran projek seperti berikut :-
   
 
BIL
 
PROJEK
KELAYAKAN
KONTRAKTOR
HARGA DOKUMEN TENDER
 
1.
 
Cadangan Melaksanakan Dan Menyiapkan Kerja-Kerja Penyelenggaraan Parit Utama Dan Kolam Tadahan Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Bagi Tujuan Penyerahan Kepada Pihak Majlis Bandaraya Pasir Gudang Di Zon 12B Fasa 1, Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, Mukim Plentong, Johor
 
Bilangan Tawaran : JC/T3/2021
 
 
Syarat-syarat yang PERLU dipenuhi bagi membolehkan pembelian Dokumen Tender.
 
a)   Berdaftar Dengan LPIPM (CIDB)
Gred : G3
Kategori : CE
Pengkhususan : CE21
 
  1. Mempunyai pengalaman melaksanakan projek-projek pembinaan serupa yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun lepas.
 
  1. Taklimat Tender akan dijalankan secara atas talian. Kaedah taklimat akan dimaklumkan kepada setiap kontraktor yang telah membeli dokumen tawaran dan kehadiran adalah diwajibkan.
 
 
RM100.00 (Ringgit Malaysia : Satu Ratus Sahaja)
 
Maklumat nombor akaun akan diemelkan kepada Petender yang berjaya tapisan oleh pihak TPM Technopark Sdn. Bhd.
 
 
Tawaran ini dibuka mulai hari Isnin, 6 September 2021 hingga Isnin, 20 September 2021.
 
Tarikh tutup tawaran adalah pada hari Isnin, 27 September 2021 di alamat Pengarah, Divisyen Hartanah & Infrastruktur, Johor Corporation, Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor sebagaimana di atas sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari. (Petender WAJIB mengisi, melengkap, mencetak dan mengembalikan secara ‘Hardcopy’ dokumen tender).

Pemborong yang ingin membeli dokumen tawaran disyaratkan untuk mengemail di alamat emel faris@tpmtechnopark.com.my / rosnah@tpmtechnopark.com.my terlebih dahulu dokumen seperti :-
 
  1. Sijil Pendaftaran Pemborong dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM).
  2. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) berserta ‘corporate information’.
  3. Surat Tawaran dan Perakuan Siap Kerja Asal bagi projek-projek serupa yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun lepas.
Hanya Petender yang berdaftar dan melepasi kelayakan sahaja akan dibenarkan untuk membeli dokumen tender. Maklumat nombor akaun akan diemelkan kepada Petender yang berjaya tapisan oleh pihak TPM Technopark Sdn. Bhd. dan dokumen tawaran akan dihantar melalui email kepada pemborong setelah pembayaran dijalankan. Makluman pembayaran hendaklah dikemukakan di alamat :-
 
faris@tpmtechnopark.com.my / rosnah@tpmtechnopark.com.my
 
Sekiranya pihak tuan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh ajukan pertanyaan kepada pihak kami di alamat emel seperti di atas.
 
Pihak kami berhak menolak pembelian borang tersebut sekiranya dokumen di atas tidak dikemukakan dengan sempurna.
 
Bahagian kiri atas Sampul Dokumen Tawaran mestilah dinyatakan jenis kerja berkaitan dan hendaklah dimasukkan ke Peti Tawaran yang disediakan di Pejabat seperti alamat di atas.  Pihak kami tidak semestinya menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.
 
NOTA :-
i) Lawatan Tapak adalah TIDAK DIWAJIBKAN. Kontraktor digalakkan untuk membuat lawatan tapak atas tanggungjawab sendiri.
ii) Sila ambil maklum bahawa “KEBENARAN KHAS” daripada CIDB untuk ketegori/pengkhususan kerja yang telah ditetapkan adalah ”TIDAK DITERIMA”.