Tender Information

We display our latest call for tender on this page and invite you to revisit this page from time to time for updates. Tenders are destined for local contractors and are displayed in local language.
 

KENYATAAN TAWARAN

Kontraktor-kontraktor yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di bawah adalah dipelawa untuk menyertai tawaran projek seperti berikut :-
 
 
BIL
 
PROJEK
KELAYAKAN
KONTRAKTOR
 
HARGA DOKUMEN TENDER
 
1.
 
Cadangan Melaksanakan Dan Menyiapkan Sistem Retikulasi Kumbahan Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Zon 2 & 3, Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Mukim Sg. Tiram, Daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim
 
Bilangan Tawaran : JC/T4/2022
 
Syarat-syarat yang PERLU dipenuhi bagi membolehkan pembelian Dokumen Tender :
 
a)   Berdaftar dengan LPIPM (CIDB)
Gred : G5 atau G6 atau G7
Kategori : CE
Pengkhususan : CE19 & CE21
Dan
 
  1. Mempunyai perakuan pendaftaran kontraktor yang sah dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Permit IPA Jenis C1 atau C2  (Pembentungan).
 
  1. Mempunyai pengalaman melaksanakan projek-projek pembinaan serupa bernilai RM3,000,000.00 ke atas yang telah dilaksanakan dalam tempoh Sepuluh (10) tahun lepas.
 
  1. WAJIB menghadiri taklimat tawaran seperti berikut :
 
Tarikh   : Selasa, 11 Oktober 2022
Masa     : 10.00 Pagi
Tempat :
Aras 1, Kompleks POIC Tg. Langsat
PLO 76, Jalan Nibong 4
Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat
81700 Pasir Gudang, Johor
 
     (Koordinat : 1.4610100, 103.9814740)
 
Pemborong diingatkan supaya mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) COVID 19 yang sedang berkuatkuasa semasa taklimat sebutharga dijalankan.
 
 
RM500.00
 
 
 
 
 

Dokumen Tawaran boleh  didapati di Pejabat Pengarah, Divisyen Hartanah & Infrastruktur, Johor Corporation, Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor, Tel: (07) 2766298 mulai Isnin, 5 September 2022 hingga Isnin, 10 Oktober 2022 dalam waktu pejabat (Ahad – Khamis, 8.30 pagi – 1.00 t/hari, 2.00 petang - 5.30 petang).
 
Tarikh tutup tawaran adalah pada hari Selasa, 18 Oktober 2022  di alamat Pengarah, Divisyen Hartanah & Infrastruktur, Johor Corporation, Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor sebagaimana di atas sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari.
 
Pemborong yang ingin membeli dokumen tawaran disyaratkan mengemukakan :-
 
a)    Sijil Pendaftaran Pemborong dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
b)    Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) berserta ‘Corporate Information’.
c)    Sijil pendaftaran pemborong dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Permit IPA (Pembentungan).
d)    Surat Tawaran dan Perakuan Siap Kerja Asal bagi projek-projek serupa bernilai RM3,000,000.00 ke atas yang telah dilaksanakan dalam tempoh Sepuluh (10) tahun lepas.
 
Pihak kami berhak menolak pembelian dokumen tawaran tersebut sekiranya dokumen di atas tidak dikemukakan dengan sempurna.
 
Pembayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk BANK DRAF atau KIRIMAN WANG di atas nama TPM TECHNOPARK SDN. BHD.
 
Bahagian kiri atas Sampul Dokumen Tawaran mestilah dinyatakan jenis kerja berkaitan dan hendaklah dimasukkan ke Peti Tawaran yang disediakan di Pejabat seperti alamat di atas.  Pihak kami tidak semestinya menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.