We display our latest call for tender on this page and invite you to revisit this page from time to time for updates. Tenders are destined for local contractors and are displayed in local language.
KENYATAAN TAWARAN
Kontraktor-kontraktor yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di bawah adalah dipelawa untuk menyertai tawaran projek seperti berikut :-
BIL | PROJEK | KELAYAKAN KONTRAKTOR | HARGA DOKUMEN TENDER |
1. | Cadangan Melaksanakan Dan Menyiapkan Sistem Retikulasi Kumbahan Dan Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Zon 2 & 3, Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat, Mukim Sg. Tiram, Daerah Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim Bilangan Tawaran : JC/T4/2022 | Syarat-syarat yang PERLU dipenuhi bagi membolehkan pembelian Dokumen Tender : a) Berdaftar dengan LPIPM (CIDB) Gred : G5 atau G6 atau G7 Kategori : CE Pengkhususan : CE19 & CE21 Dan - Mempunyai perakuan pendaftaran kontraktor yang sah dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Permit IPA Jenis C1 atau C2 (Pembentungan).
- Mempunyai pengalaman melaksanakan projek-projek pembinaan serupa bernilai RM3,000,000.00 ke atas yang telah dilaksanakan dalam tempoh Sepuluh (10) tahun lepas.
- WAJIB menghadiri taklimat tawaran seperti berikut :
Tarikh : Selasa, 11 Oktober 2022 Masa : 10.00 Pagi Tempat : Aras 1, Kompleks POIC Tg. Langsat PLO 76, Jalan Nibong 4 Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat 81700 Pasir Gudang, Johor (Koordinat : 1.4610100, 103.9814740) Pemborong diingatkan supaya mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) COVID 19 yang sedang berkuatkuasa semasa taklimat sebutharga dijalankan. | RM500.00 |
Dokumen Tawaran boleh didapati di Pejabat Pengarah, Divisyen Hartanah & Infrastruktur, Johor Corporation, Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor, Tel:
(07) 2766298 mulai
Isnin, 5 September 2022 hingga
Isnin, 10 Oktober 2022 dalam waktu pejabat (Ahad – Khamis, 8.30 pagi – 1.00 t/hari, 2.00 petang - 5.30 petang).
Tarikh tutup tawaran adalah pada hari
Selasa, 18 Oktober 2022 di alamat Pengarah, Divisyen Hartanah & Infrastruktur, Johor Corporation, Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor sebagaimana di atas sebelum atau pada pukul
12.00 tengahari.
Pemborong yang ingin membeli dokumen tawaran disyaratkan mengemukakan :-
a) Sijil Pendaftaran Pemborong dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)
b) Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) berserta ‘Corporate Information’.
c) Sijil pendaftaran pemborong dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Permit IPA (Pembentungan).
d) Surat Tawaran dan Perakuan Siap Kerja Asal bagi projek-projek serupa bernilai RM3,000,000.00 ke atas yang telah dilaksanakan dalam tempoh Sepuluh (10) tahun lepas.
Pihak kami berhak menolak pembelian dokumen tawaran tersebut sekiranya dokumen di atas tidak dikemukakan dengan sempurna.
Pembayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk
BANK DRAF atau
KIRIMAN WANG di atas nama
TPM TECHNOPARK SDN. BHD. Bahagian kiri atas Sampul Dokumen Tawaran mestilah dinyatakan jenis kerja berkaitan dan hendaklah dimasukkan ke Peti Tawaran yang disediakan di Pejabat seperti alamat di atas. Pihak kami tidak semestinya menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.