Tender Information

We display our latest call for tender on this page and invite you to revisit this page from time to time for updates. Tenders are destined for local contractors and are displayed in local language.
 

KENYATAAN TAWARAN

 
Kontraktor-kontraktor yang berkelayakan seperti yang dinyatakan di bawah adalah dipelawa untuk menyertai tawaran projek seperti berikut :-
 
BIL
 PROJEKKELAYAKAN KONTRAKTORHARGA DOKUMEN TENDER
 
1.
 
Cadangan Melaksanakan Dan Menyiapkan Satu (1) Unit Pintu Gerbang Beserta Pondok Pengawal  Serta Lain-Lain Kerja Berkaitan Di Kawasan Perindustrian Kulai, Di Atas Sebahagian PTD 32164 Mukim Bukit Batu, Kulai, Johor
 
Bilangan Tawaran : TPM/T3/2022
 
Syarat-syarat yang PERLU dipenuhi bagi membolehkan pembelian Dokumen Tender.
 
a)   Berdaftar Dengan LPIPM (CIDB)
    Gred : G4 atau G5 
    Kategori : B
    Pengkhususan : B04 & B18
    dan
    Kategori : CE
    Pengkhususan : CE21 
    dan
    Kategori : E
    Pengkhususan : E11
 
  1. Mempunyai pengalaman melaksanakan projek-projek pembinaan serupa bernilai RM1,000,000.00 ke atas yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun lepas.
 
  1. WAJIB menghadiri taklimat tawaran seperti berikut :
 
    Tarikh   : Selasa / 14 Jun 2022
    Masa     : 10.00 Pagi
    Tempat :
    Kawasan Perindustrian Sedenak
    PTD 32164, Mukim Bukit Batu,
    Kulai, Johor

 
   (Koordinat : 1.6951721, 103.4160057)
 
Pemborong diingatkan supaya mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) COVID 19 yang sedang berkuatkuasa semasa taklimat sebutharga dijalankan.
 
 
RM400.00
 
 
 
 
 
 
Dokumen Tawaran boleh  didapati di Pejabat Pengarah Eksekutif, TPM Technopark Sdn. Bhd., Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor, Tel: (07) 2766298 mulai Isnin, 30 Mei 2022 hingga Isnin,  13 Jun 2022 dalam waktu pejabat (Isnin – Khamis, 8.30 pagi – 1.00 t/hari, 2.00 petang - 5.30 petang).

Tarikh tutup tawaran adalah pada hari Isnin, 20 Jun 2022  di alamat Pengarah Eksekutif, TPM Technopark Sdn. Bhd.,  Tingkat 8, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre (JBCC), 80000 Johor Bahru, Johor sebagaimana di atas sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari.
 
Pemborong yang ingin membeli dokumen tawaran disyaratkan mengemukakan :-
 
  1. Sijil Pendaftaran Pemborong dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).
  2. Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) berserta ‘Corporate Information’.
  3. Surat Tawaran dan Perakuan Siap Kerja Asal bagi projek-projek serupa bernilai RM1,000,000.00 ke atas yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima (5) tahun lepas.
Pihak kami berhak menolak pembelian dokumen tawaran tersebut sekiranya dokumen di atas tidak dikemukakan dengan sempurna.
 
Pembayaran Dokumen Tawaran hendaklah dibuat dalam bentuk BANK DRAF atau KIRIMAN WANG di atas nama TPM TECHNOPARK SDN. BHD.
 
Bahagian kiri atas Sampul Dokumen Tawaran mestilah dinyatakan jenis kerja berkaitan dan hendaklah dimasukkan ke Peti Tawaran yang disediakan di Pejabat seperti alamat di atas.  Pihak kami tidak semestinya menerima tawaran yang terendah sekali atau sebarang tawaran.